fbpx

Rawatan Laser Bagi Mengatasi Kulit Bermasalah?

Tidak kira lelaki mahupun wanita, pandangan mata kita akan mudah tertarik untuk melihat ke arah seseorang atau sesuatu objek yang cantik dan menarik. Oleh yang demikian, tidak hairanlah mengapa ada di antara kita sanggup berusaha dengan pelbagai cara untuk mencantikkan diri. Ini termasuklah dengan memilih membuat rawatan laser bagi memiliki kulit menawan agar mata yang memandang menjadi terpesona.

Apakah yang menarik tentang teknik rawatan laser ini? Mengapa ramai yang memilih untuk melakukannya? Jom kami bawa anda merungkai persoalan yang mungkin sedang berlegar-legar di minda.

  1. Kewujudan lebihan kulit yang berbentuk seakan kutil atau jeragat (skin tag) sememangnya boleh menyebabkan rasa kurang selesa walaupun lebihan tersebut tidak menyakitkan secara langsung. Ia menyebabkan timbulnya rasa rimas dan kadangkala mendorong kepada perasaan rendah diri yang melampau. Perasaan inilah yang menyebabkan seseorang individu berusaha untuk menghapuskan skin tag tersebut.
  2. Kulit yang kerap terdedah kepada cahaya ultraviolet daripada matahari cenderung mengalami gejala penuaan lebih awal. Kulit kusam, pigmentasi dan perubahan tekstur kulit boleh menyebabkan gangguan terhadap yakin diri seseorang. Memulihkan kulit daripada gejala penuaan ini adalah perkara yang akan sentiasa diimpikan oleh setiap individu, terutamanya wanita. 
  3. Rawatan laser bagi memulihkan keadaan kulit yang mengalami skin tag, tona tidak sekata atau berparut akibat kesan jerawat merupakan rawatan yang tidak menyakitkan, malah tidak memerlukan prosedur pembedahan yang lebih rumit.
  4. Selain membantu mengembalikan kecantikan kulit, rawatan laser juga mendorong kepada pemulihan kulit akibat pigmentasi yang tercetus daripada parut luka.
  5. Rawatan laser tidak hanya tertumpu pada bahagian wajah. Ia juga sesuai digunakan pada bahagian tubuh yang lain seperti tangan atau mana-mana bahagian yang menunjukkan tanda kerosakan akibat cahaya matahari mahupun pigmentasi.
  6. Kesan sampingan akibat rawatan laser yang dilakukan pada kulit lazimnya bersifat sementara sahaja. Seseorang mungkin mengalami kemerahan ringan atau sedikit bengkak pada bahagian kulit yang dirawat. Namun, ia akan hilang dalam tempoh beberapa jam selepas rawatan. Individu yang mendapatkan rawatan laser ini boleh melakukan aktiviti harian seperti biass sebaik selesai prosedur rawatan.
  7. Pakar Estetik Dr. Siti Maria Juwaini mengatakan bahawa rawatan laser ini merupakan suatu kaedah yang selamat kerana menumpukan pada bahagian kulit yang bermasalah sahaja. Bahkan setiap sesi rawatan laser dijalankan oleh doktor terlatih yang pakar dalam menganalisis masalah kulit.
  8. Keadaan kulit yang mengalami masalah kutil, tahi lalat atau bintik hitam mungkin boleh dirawat dengan hanya sekali rawatan laser. Bagaimanapun bagi individu yang mengalami gejala kulit berjerawat atau jeragat dan berparut hitam akibat jerawat, beberapa siri ulangan rawatan diperlukan bagi memastikan kulit benar-benar pulih.

Rawatan laser bagi merawat kulit bermasalah di Klinik Amisi

Kaedah rawatan terkini dan selamat ini turut disediakan di Klinik Amisi bagi merealisasikan impian setiap pelanggan yang mahu memiliki kulit sihat menawan. Ia dijalankan oleh doktor yang berpengalaman serta berlangsung dalam suasana yang selamat dan selesa. Kini setiap orang boleh merawat kulit bermasalah serta menyingkirkan lebihan kulit yang tidak diingini dengan rawatan laser yang diakui lebih cepat berkesan serta diyakini selamat.

Artikel oleh Bahagian Kajian & Kandungan, Amisi Group

RUJUKAN

1 Annette McDermott, 17 September 2018, How Are Skin Tags Removed? Plus Causes, Diagnosis and More, https://www.healthline.com/health/skin-disorders/remove-skin-tags

2 Advanced Dermatology of The Midlands, 29 May 2020, Unwanted Skin Spot Removal, https://www.midlandsderm.com/unwanted-skin-spots-removal/

3 Yusliza Yakimir Abd Talib, 23 Mac 2019, Pulih Masalah Kulit, https://www.hmetro.com.my/hati/2019/03/436753/pulih-masalah-kulit

4 Fatin Farhana Japre, 18 November 2015, Kaedah Laser Kegilaan Remaja, https://www.hmetro.com.my/node/93910
5 InoMedik, 8 Oktober 2018, Rawatan Laser Kulit, http://www.inomedik.com/2018/10/08/rawatan-laser-kulit/

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Dapatkan Rawatan Terkucil di Klinik Amisi yang menggunakan rawatan terbaharu yang terdapat di pasaran.

Tanya kami hari ini juga supaya anda dapat mengembalikan potensi hidup anda seperti sebelum ini.