CLEARANCE SALE sehingga 50% OFF. Berbelanja produk Amisi Apothecary dengan bayaran ANSURAN 3 Kali oleh Hoolah & Atome. Klik Sini

Klik sini untuk mengetahui PROMOSI RAWATAN YEAR END SALE KLINIK AMISI

Days
Hours
Minutes
Seconds

Anda Menghadapi Masalah Terkucil Ketika Melakukan Hubungan Intim? Artikel Ini Khas Untuk Anda!

Masalah terkucil, atau dikenali sebagai inkontinen kencing merupakan masalah yang biasa dihadapi oleh ramai orang, terutamanya wanita.

Terdapat pelbagai jenis masalah inkontinen kencing ini seperti inkontinen koital yang menyebabkan seseorang untuk kencing dengan tidak sengaja ketika melakukan hubungan intim.

Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda tentang komplikasi masalah ini, bagaimana untuk mengurangkannya serta rawatan yang terbaik untuk dilakukan.

Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

Komplikasi Masalah Terkucil Ketika Hubungan Intim

Terdapat beberapa komplikasi masalah inkontinen kencing yang boleh terjadi ketika melakukan hubungan intim. Antaranya:

  • Memberi impak negatif terhadap hubungan
  • Mengalami kemurungan
  • Keinginan seksual berkurang
  • Hilang keyakinan diri
  • Sukar untuk mencapai klimaks

Artikel berkait:

Kerap Terkucil Tanpa Sengaja? Rawat Di Klinik Amisi

Bagaimana Untuk Kurangkan Masalah Terkucil Ketika Hubungan Intim? 

  • Selalu melakukan senaman kegel

senaman kegel

Salah satu cara untuk bantu kurangkan masalah mudah terkencing adalah dengan melakukan senaman kegel dengan kerap.

Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa wanita yang melakukan Kegel secara konsisten mengalami kurang kebocoran semasa melakukan hubungan intim.

Senaman kegel ini sangat efektif kerana ia dapat menguatkan otot lantai pelvis seseorang supaya daya kemutan mereka lebih kuat.

  • Bertanya dengan pakar

Selain itu, anda juga boleh merujuk dan meminta nasihat doktor pakar bagi mengatasi masalah ini.

Jangan takut atau segan untuk memberitahu doktor anda tentang masalah inkontinen urin ini, atau tentang kesannya terhadap kehidupan seks anda. 

Doktor anda sedia membantu merawat masalah inkontinen anda, memberi nasihat praktikal, dan mungkin merujuk anda kepada pakar bagi proses perawatan selanjutnya.

  • Kurangkan minum air sebelum melakukan hubungan intim

minum air

Seterusnya, mengelak dari minum apa-apa selama kira-kira sejam sebelum anda akan melakukan hubungan intim dapat membantu kurangkan masalah mudah terkencing.

Ini bagi memastikan pundi kencing anda kosong supaya anda tidak akan rasa seperti anda perlu kencing. 

Anda juga digalakkan untuk pergi ke tandas dan membuang air dahulu sebelum melakukan hubungan intim bagi mengosongkan pundi kencing anda.

  • Pilih posisi seksual yang sesuai 

Di samping itu, memilih posisi seksual yang sesuai ketika melakukan hubungan intim juga amat membantu bagi mengelakkan masalah terkencing berlaku.

Kedudukan yang tertentu dapat mengurangkan kemungkinan berlakunya inkontinen urin.

Seorang wanita di atas juga boleh mengawal otot pelvisnya dengan lebih baik dan tekanan yang disebabkan oleh penembusan dapat dikurangkan.

Artikel berkait:

Masalah Terkucil Bagi Wanita: Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

Rawatan Terbaik Bagi Masalah Terkucil 

  • Produk “self-help” bagi masalah inkontinen urin

rawatan masalah terkucil

Jika masalah inkontinen urin anda tidak teruk, anda mungkin boleh bertahan dengan produk seperti pad, lampin, pelapik seluar dalam dan cadar katil bergetah.

Satu lagi rawatan adalah alat yang dipanggil pessary, yang dimasukkan ke dalam faraj untuk membantu menaikkan pundi kencing dan mengelakkan air kencing daripada terkeluar.

  • Ubat-ubatan dan pembedahan

Jika inkontinen urin anda lebih teruk, sehingga mengganggu gaya hidup anda, doktor anda mungkin akan cadangkan ubat atau pembedahan.

Ubat-ubatan boleh membantu mengetatkan otot di pundi kencing dan uretra, menghalang air kencing daripada bocor dan mengurangkan masalah inkontinen urin.

Dalam satu pembedahan bagi inkontinen urin, benang pembedahan digunakan untuk membantu menyokong leher pundi kencing yang dapat mengelakkan air kencing terbocor.

  • Senaman kegel

Cara untuk melakukan senaman kegel adalah dengan menarik otot-otot pelvik seperti anda sedang cuba menghentikan aliran air kencing. Ia dilakukan selama 10 saat.

Kelebihan Kegels, menurut kebanyakan pakar adalah ia boleh dilakukan pada bila-bila masa dan hampir di mana-mana sahaja seperti duduk di meja atau semasa menonton televisyen.

 Tiada siapa yang akan tahu yang anda sedang melakukan senaman ini melainkan anda memberitahu mereka. Oleh itu, anda tidak perlu berasa segan untuk melakukannya.

Tetapi bagi memastikan anda melakukannya dengan cara yang betul, minta doktor atau jururawat anda menerangkan kepada anda tentang cara melakukannya dengan tepat.

Jika anda melakukan Kegel dengan betul dan konsisten, anda boleh mengurangkan masalah mudah terkencing dan kebocoran tanpa sengaja ketika melakukan hubungan intim.

  • Pemberat faraj

Salah satu cara untuk mencegah masalah inkontinen urin adalah dengan menggunakan pemberat faraj yang boleh dibeli di farmasi atau di kedai atas talian.

Pemberat faraj boleh membantu anda mengasingkan otot lantai pelvis semasa melakukan senaman Kegel. Ia datang dalam pelbagai saiz dan dimasukkan ke dalam faraj menggunakan kon. 

Dengan menggunakan pemberat faraj, ia dapat menguatkan lagi otot lantai pelvis anda supaya masalah mudah terkencing dapat dielakkan.

  • Berbincang dengan doktor mengenai masalah inkontinen urin

Doktor anda harus secara rutin bertanya kepada anda tentang keadaan pundi kencing anda untuk menentukan jenis masalah inkontinen urin yang anda hadapi.

Terdapat pelbagai jenis masalah inkontinen urin, seperti inkontinen tekanan dan inkontinen mendesak (juga dipanggil pundi kencing yang terlalu aktif).

Doktor anda juga boleh memberi nasihat dan bimbingan tentang apa yang anda boleh lakukan bagi mengatasi masalah mudah terkencing ketika melakukan hubungan intim.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai cara dan langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah terkucil ketika melakukan hubungan intim.

Jika anda mencari rawatan profesional untuk membantu anda, anda boleh mencuba rawatan bersama kami di Amisi!

Kami menawarkan rawatan untuk mereka yang mempunyai masalah lemah kawalan kencing supaya anda dapat mengatasi masalah ini.

Antara rawatan yang kami menawarkan adalah:

  • Penjagaan & Rawatan Pelvik

Rawatan & Khidmat Rehabilitasi bagi masalah pelvik & terkucil paling diyakini di Kuala Lumpur.

  • Pengurusan Hormon Wanita

Bantuan Khidmat nasihat pengurusan hormon dan stress bagi wanita yang sibuk.

  • Pengurusan Lemak & Berat Badan

Khidmat Pemantauan & konsultasi pengurusan berat badan dan lemak berlebihan.

  • Aesthetic & Penjagaan Wajah

Rawatan klinikal ‘advance’ penjagaan wajah dan produk penjagaan wajah premium.

Jika anda mempunyai sebarang soalan tentang rawatan ini, anda boleh ke laman web kami di sini untuk dapat tahu dengan lebih lanjut tentang servis kami.

Cegah Masalah Terkucil Dengan Amisi Sekarang! 

 

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *