Dunia kecantikan dan pelangsingan badan sentiasa mengalami inovasi sejak dahulu lagi. Dari penghasilan produk-produk kesihatan, membawa kepada rawatan klinikal yang memberi kesan lebih pantas. Semuanya bagi menunaikan impian setiap individu tidak kira lelaki mahupun wanita yang mengimpikan keterampilan lebih menawan.
Tidak sahaja rupa paras yang tampan dan jelita, bentuk badan yang menarik juga menjadi idaman hampir semua orang. Disebabkan itu, wujud pelbagai solusi bagi memenuhi permintaan orang ramai, bergantung kepada kesesuaian tubuh. Salah satu teknologi pembentukan tubuh yang semakin mendapat perhatian adalah kaedah Vanquish Me.
Ini adalah beberapa perkara yang perlu anda ketahui mengenai kaedah pembentukan tubuh Vanquish Me.
- Ia merupakan teknik pembuangan lemak bagi membentuk tubuh yang lebih menawan serta semakin mendapat tempat dalam industri kecantikan.
- Teknologi ini tidak melibatkan sebarang pembedahan dan penggunaan ubat anaesthesia.
- Vanquish Me menggunakan teknologi frekuensi radio (RF) yang selamat untuk menyingkirkan lemak berlebihan daripada tubuh.
- Vanquish Me merupakan kaedah yang tidak terhad kepada BMI, bermakna ia sesuai digunakan oleh individu yang mengalami obesiti atau berat badan keterlaluan.
- Antara kawasan tubuh yang sesuai dan sering disasarkan dalam rawatan menggunakan teknik Vanquish Me ialah tisu adipos di sekitar bahagian perut, pinggang dan belakang badan.
- Vanquish Me mula diperkenalkan di Amerika Syarikat pada tahun 2013, kini digunakan secara meluas di seluruh dunia.
- Vanquish Me berfungsi dengan cara mensasarkan mendapan lemak degil lalu menyingkirkannya. Penyingkiran lemak tidak diperlukan ini membantu pembentukan tubuh serta memejalkan bahagian yang dirawat.
- Teknik Vanquish Me hanya memanaskan lemak di dalam badan tanpa merosakkan kulit mahupun tisu otot yang berdekatan.
- Lemak-lemak terurai daripada proses Vanquish Me ini kemudiannya disingkirkan daripada tubuh melalui proses pembuangan semulajadi.
- Teknik Vanquish Me yang dijalankan dengan betul dan selamat berupaya mengurangkan sebanyak 2 inci atau lebih lemak pada bahagian perut dan membuang sehingga 59% sel lemak yang disasarkan.
- Individu yang mendapatkan rawatan Vanquish Me boleh menjalani kehidupan seperti biasa sebaik selesai prosedur, tanpa perlu berpantang atau mengambil masa untuk pulih kerana prosedur ini tidak melibatkan sebarang pembedahan atau kemasukan alatan ke dalam tubuh.
- Sesi terapi Vanquish Me mengambil masa kira-kira 45 minit untuk merawat bahagian perut dan 30 minit bagi rawatan di bahagian peha pada sesuatu sela masa.
- Lazimnya setiap individu disarankan menjalani 4 rawatan dalam tempoh 1 minggu. Walau bagaimanapun, setiap premis yang menawarkan rawatan Vanquish Me boleh menyusun jadual rawatan yang bersesuaian dengan keperluan anda.
- Vanquish Me memberikan keselesaan dengan sensasi hangat pada bahagian tubuh yang dirawat dan rasa itu mungkin bertahan selama beberapa jam selepas sesi rawatan.
- Rawatan Vanquish Me dijalankan dalam keadaan anda berbaring agar tubuh lebih relaks sepanjang sesi prosedur berlangsung.
Rawatan Vanquish Me di Klinik Amisi
Klinik Amisi menawarkan rawatan penyingkiran lemak dengan teknologi tanpa sentuhan Vanquish Me kepada anda yang berminat untuk mencubanya. Sesi rawatan ini dijalankan dengan konsultasi dan mempraktikkan langkah-langkah yang teratur bagi memastikan matlamat pembentukan tubuh anda dapat dicapai. Ramai yang telah merasai keberkesanan rawatan Vanquish Me bersama Klinik Amisi. Mungkin sudah tiba masa untuk anda pula.
Artikel oleh Bahagian Kajian & Kandungan, Amisi Group
RUJUKAN
1 Adinda Tri Wardhani, 2 Mei 2016, Perawatan Canggih Penghilang Lemak Berlebihan Tanpa Operasi, https://m.liputan6.com/fashion-beauty/read/2497566/perawatan-canggih-penghilang-lemak-berlebih-tanpa-operasi
3 Rawatan Pengurangan Lemak Vanquish Untuk Meraut Tubuh, https://premier-clinic.com/bm/rawatan-pengurangan-lemak-vanquish-untuk-meraut-tubuh/
4 Vanquish Me, Shed Fat Fast, https://bodybybtl.com/solutions/btl-vanquish-me/