Manual Penjagaan · Edisi Ovari

Enjin paling berharga dalam tubuh anda.

5 langkah harian untuk memberikan ovari anda penjagaan terbaik — tanpa kos yang besar.

Checklist Dr Isma

Ovari telah berfungsi selama berpuluh tahun tanpa henti. Apabila ia mula keletihan, tubuh akan menunjukkan pelbagai tanda — mudah marah, sukar tidur, dan rasa panas mengejut.

Namun, sebahagian besar daripadanya boleh dijaga sendiri bermula hari ini. Berikut adalah panduannya.

— Dr Ismaliza

0 / 11 selesai
Servis harian

Yang boleh anda lakukan sendiri

✓ Diservis
01

Betulkan timing tidur

  • Tidur sebelum pukul 11 malam
  • Tutup phone & lampu — biar bilik gelap
  • Sasar 7–8 jam, waktu konsisten
Kenapa: Tidur lewat meningkatkan cortisol (hormon stress) yang merampas bahan hormon penenang dalam tubuh anda.
✓ Diservis
02

Pilih bahan bakar betul

  • Kurangkan gula & air manis
  • Tambah lemak baik — telur, avokado, kacang
  • Banyakkan sayur, buah & protein
Kenapa: Ovari guna lemak baik sebagai bahan asas buat hormon. Gula tinggi cetus keradangan pada tisu ovari.
✓ Diservis
03

Jaga berat dengan bijak

  • Turun berat perlahan, bukan crash diet
  • Jangan takut lemak baik sampai elak terus
Kenapa: Turun berat terlalu laju boleh hilang otot & lemak penyokong organ pelvis, and kacau hormon.
✓ Diservis
04

Gerak — lancarkan aliran darah

  • Senaman setempat — squat, brisk walk
  • Senaman kegel / pelvic floor
  • Jangan duduk statik berjam-jam
Kenapa: Gerak pump darah kaya oksigen terus ke pelvis & ovari — barulah dia bertenaga.
✓ Diservis
05

Urus stress, jaga keseimbangan

  • Cari ruang rehat emosi, bukan fizikal je
  • Nafas dalam, zikir, ambil angin
  • Hadkan kafein bila dah petang
Kenapa: Stress kronik buat hormon "bertenang" (progesterone) drop — tu yang keluar "signal naga" tu.
Yang ramai tak tahu

Penjagaan ovari ada dua lapisan.

Dalaman

5 langkah di atas — yang anda kawal sendiri di rumah, tanpa kos, bermula hari ini.

Luaran

Apabila gaya hidup sudah teratur tetapi tubuh masih terganggu, mungkin ada aspek yang perlu disokong secara profesional — seperti pemeriksaan tahap hormon atau mikronutrien yang kritikal. Ini perlu dibincangkan dengan doktor, bukan didiagnos sendiri.

Mengesyaki tubuh anda sudah memasuki fasa "enjin keletihan"?

DM "OVARI"

Pasukan kami akan membantu anda memahami fasa tubuh dan langkah seterusnya yang bersesuaian.

Tanpa sebarang ikatan atau komitmen