Menurut statistik, seramai 1 daripada 3 wanita menghadapi masalah mudah terkucil. Namun begitu, masih ramai yang tidak tahu jenis-jenis terkucil serta punca ia berlaku.
Masalah ini boleh menyebabkan tekanan mental kerana ia menjejaskan kualiti hidup dan menghalang pesakit untuk menjalankan aktiviti harian mereka tanpa berasa risau.
Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda tentang definisi masalah terkucil, jenis-jenis serta langkah-langkah pencegahan yang boleh diikuti.
Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!
Definisi Masalah Terkucil
Masalah terkucil, atau Urinary Incontinence (UI) merupakan masalah kencing yang disebabkan oleh ketidakupayaan seseorang untuk mengawal otot-otot lantai pelvis mereka.
Masalah ini mengganggu dan menyukarkan seseorang untuk menjalankan rutin harian mereka seperti menjalin hubungan, terbatuk, terbersin mahupun beriadah.
Proses hamil dan bersalin merupakan salah satu punca utama masalah terkucil ini berlaku. Ini kerana bayi di dalam kandungan akan menyebabkan tekanan kepada lantai pelvik.
Hormon relaxin yang dihasilkan ketika hamil menyebabkan otot lantai pelvik seseorang menjadi lebih lemah. Proses bersalin juga akan melemahkan otot lantai pelvik.
Masalah terkucil juga berlaku kerana perubahan hormon, terutamanya penurunan hormon estrogen apabila seorang wanita menghadapi proses menopos.
Penurunan hormon estrogen akan menyebabkan otot di sekitar saluran kencing atau uretra menjadi lemah. Oleh itu, sejumlah wanita yang melalui menopos kerap hadapi masalah terkucil.
Selain daripada faktor-faktor di atas, obesiti, muntah kronik, kerap mengangkat barang yang berat dan batuk berpanjangan berpunca dari tabiat merokok juga menyebabkan masalah UI.
Artikel berkait:
Masalah Terkucil Bagi Wanita: Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya
Jenis-jenis Masalah Terkucil
Dalam bahagian ini, kami akan menerangkan kepada anda jenis-jenis terkucil atau UI.
Overflow incontinence
Antara jenis-jenis terkucil yang sering dihadapi oleh pesakit adalah masalah overflow incontinence yang disebabkan oleh kepayahan untuk mengosongkan pundi kencing.
Masalah terkucil ini berpunca daripada masalah diabetes, saluran kencing yang terhalang (bladder blockage), kecederaan terhadap saraf pundi kencing atau saluran air kencing yang rosak.
Neurogenic incontinence
Selain itu, terdapat juga masalah terkucil neurogenic. Masalah ini berpunca daripada kerosakan fungsi otak atau saraf yang menyebabkan kesukaran untuk mengawal proses membuang air.
Contoh kerosakan fungsi otak atau saraf yang menyebabkan masalah terkucil adalah ketumbuhan di otak dan masalah angin ahmar atau strok.
Overactive bladder
Seterusnya, antara jenis-jenis terkucil yang biasa dihadapi oleh ramai adalah masalah over active bladder (OAB) yang disebabkan oleh pundi kencing yang terlebih aktif.
Pundi kencing yang terlalu aktif ini akan menyebabkan seseorang untuk membuang air kecil berkali-kali pada waktu siang dan malam.
Stress incontinence
Selain daripada jenis-jenis terkucil di atas, terdapat juga jenis terkucil yang disebabkan oleh tekanan, atau dikenali sebagai stress incontinence.
Stress incontinence ini menyebabkan beberapa titik air kencing untuk keluar ketika melakukan pergerakan fizikal yang menyebabkan tekanan terhadap lantai pelvik.
Contoh pergerakan fizikal yang sering menyebabkan masalah tekanan ini adalah seperti bersin, batuk, melompat dan juga membongkok.
Desakan
Salah satu jenis masalah terkucil adalah desakan, atau dikenali sebagai urge incontinence yang disebabkan oleh fungsi detrusor muscle atau otot pundi kencing yang tidak stabil.
Ketidakstabilan otot ini menyebabkan air kencing untuk keluar dengan banyak dan ia tidak boleh dikawal. Kadar air kencing yang keluar juga menyebabkan kebocoran.
Gabungan urge dan stress incontinence
Di samping itu, terdapat juga masalah terkucil jenis gabungan, atau dikenali sebagai mixed incontinence yang merupakan gabungan urge incontinence dan stress incontinence.
Pengeluaran air kencing mungkin akan berlaku dengan kadar yang sedikit atau banyak dan tidak boleh dikawal seperti jenis-jenis terkucil yang lain.
Artikel berkait:
Komplikasi Daripada Masalah Terkucil Dalam Kalangan Wanita Hamil
Cegah Masalah Terkucil Dengan Cara-cara Ini!
Amalkan Makanan Tinggi Serat
Salah satu cara untuk cegah masalah terkucil adalah dengan mengamalkan pemakanan yang tinggi serat seperti buah-buahan, sayur dan kekacang.
Ini kerana serat dapat membantu melancarkan proses penghadaman dan mengelakkan masalah sembelit yang menyebabkan tekanan di dalam perut.
Tekanan ini pula akan menghalang aliran air kencing dalam saluran kencing dan menyukarkan seseorang untuk membuang air dengan lancar.
Mereka yang menghadapi sembelit juga perlu meneran dengan lebih kuat bagi mengosongkan pundi kencing dan ini akan mengakibatkan otot pelvik menjadi lemah.
Pengambilan Jumlah Air Yang Secukupnya
Selain itu, pengambilan jumlah air yang secukupnya juga dapat bantu mencegah masalah terkucil kerana ia dapat meningkatkan kesihatan pundi kencing dan buah pinggang.
Bagi memastikan badan anda mendapat air yang secukupnya, anda perlu minum sekurang-kurangnya lapan gelas air setiap hari supaya dapat membuang air kecil dengan mudah.
Minum air secukupnya juga dapat melancarkan proses pencernaan dan mengelakkan dehidrasi yang boleh menyebabkan sembelit.
Berhenti Merokok
Seterusnya, berhenti merokok merupakan langkah pencegahan yang efektif bagi mengelak masalah terkucil serta bagus untuk kesihatan diri.
Ini kerana tabiat merokok boleh mengakibatkan masalah batuk kronik. Batuk yang berterusan akan menyebabkan otot lantai pelvik menjadi lemah.
Otot lantai pelvik yang lemah akan menyebabkan kesukaran untuk mengawal aliran air kencing dan akan menyebabkan masalah yang lebih berisiko.
Kurangkan Pengambilan Kafein
Di samping itu, antara langkah yang bagus bagi mencegah masalah terkucil atau inkontinen urin adalah dengan mengurangkan pengambilan kafein.
Ini kerana minuman yang tinggi kafein mempunyai kesan diuretik yang akan menyebabkan penghasilan air kencing yang lebih banyak dalam badan.
Contoh minuman kafein adalah seperti teh, kopi dan minuman yang berkarbonat.
Kesimpulannya, terdapat banyak jenis-jenis terkucil yang anda mungkin tidak tahu sebelum ini serta langkah-langkah pencegahan yang boleh diikuti.
Jika anda mencari rawatan profesional untuk membantu anda, anda boleh mencuba rawatan bersama kami di Amisi!
Kami menawarkan rawatan untuk mereka yang mempunyai masalah lemah kawalan kencing supaya anda dapat mengatasi masalah ini.
Antara rawatan yang kami menawarkan adalah:
Penjagaan & Rawatan Pelvik
Rawatan & Khidmat Rehabilitasi bagi masalah pelvik & terkucil paling diyakini di Kuala Lumpur.
Pengurusan Hormon Wanita
Bantuan Khidmat nasihat pengurusan hormon dan stress bagi wanita yang sibuk.
Pengurusan Lemak & Berat Badan
Khidmat Pemantauan & konsultasi pengurusan berat badan dan lemak berlebihan.
Aesthetic & Penjagaan Wajah
Rawatan klinikal ‘advance’ penjagaan wajah dan produk penjagaan wajah premium.
Jika anda mempunyai sebarang soalan tentang rawatan ini, anda boleh ke laman web kami di sini untuk dapat tahu dengan lebih lanjut tentang servis kami.
Atasi Masalah Terkucil Dengan Amisi Segera!