Amisi Group kini melebarkan sayap operasinya di Putrajaya pada November 2020. Cawangan Klinik Amisi yang ke-2 ini beroperasi di Shaftsbury Mall, berhadapan dengan Alamanda Mall Putrajaya. Cawangan klinik terbaharu ini menawarkan semua rawatan yang ada di Klinik Amisi Bangi termasuklah rawatan terkucil, rawatan penjagaan wajah dan pengurusan berat badan (Fat Vanquish).
Lokasi Klinik Amisi yang berada di dalam “mall” memberikan pengalaman baharu bagi pelanggan setia Amisi. Ia menawarkan pengalaman baharu, keselesaan dan ruang yang premium bagi pelanggan dari Putrajaya, Cyberjaya, Puchong dan Nilai.
Cawangan ke-2 Klinik Amisi diterajui oleh Dr. Sarah dan pasukannya sebanyak 4 pembantu klinik bagi membantu pelanggan dan pesakit mendapatkan rawatan di klinik ini.
Menurut Pengurusan Amisi Group, Klinik Amisi Putrajaya menyasarkan untuk menjadi “household name” bagi klinik wanita premium di kawasan Putrajaya & Cyberjaya.