fbpx

CLEARANCE SALE sehingga 50% OFF. Berbelanja produk Amisi Apothecary dengan bayaran ANSURAN 3 Kali oleh Hoolah & Atome. Klik Sini

Klik sini untuk mengetahui PROMOSI RAWATAN YEAR END SALE KLINIK AMISI

Days
Hours
Minutes
Seconds

Masalah Perut Kembung: Ketahui Punca Dan Langkah-langkah Mengatasinya

Perut kembung adalah sesuatu yang kerap berlaku dalam kalangan masyarakat di Malaysia. 

Selalunya, ia akan pulih dan pergi dengan sendirinya.

Namun, keadaan ini boleh membuatkan anda berasa tidak selesa kerana rasa seperti ada gas terperangkap atau tekanan pada isi perut.

Ada banyak sebab yang boleh menyebabkan perut kembung dan banyak cara untuk mengelakkannya.

Nak tahu bagaimana? Teruskan membaca!

Definisi Perut Kembung

perut kembung

Perut kembung adalah satu kondisi yang disebabkan oleh reaksi angin dalam perut di mana badan mengeluarkan angin berlebihan.

Angin berlebihan ini terhasil daripada minuman dan menelan makanan bersama air liur. 

Masalah ini bukanlah perkara yang luar biasa dan boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tidak mengira umur dan jantina. 

Kebanyakan manusia melepaskan angin secara purata sebanyak 15-40 kali setiap hari. 

Masalah ini boleh mengundang rasa malu tetapi jangan risau kerana masalah ini boleh diatasi. 

Baca juga: Masalah Terkucil Bagi Wanita: Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

Punca Perut Kembung

punca perut kembung

Banyak perkara yang boleh menyumbang kepada perkara in. Ada yang berkaitan dengan masalah kesihatan dan juga gaya hidup. 

  • Sensitif pada makanan tertentu

Perut kembung boleh berlaku kerana perut anda sensitif pada makanan yang anda makan. 

Misalnya, jika anda sensitif pada makanan pedas, maka saluran gastrousus akan lebih susah untuk mencerna dan menyerap nutrisi makanan. 

Tindak balas yang berlaku dalam perut terhadap makanan tertentu boleh menyebabkan gas berlebihan terhasil maka anda mudah terkena kembung perut.

  • Makan terlalu banyak

Antara punca yang lazim dialami oleh ramai orang adalah makan terlalu banyak.

Kadangkala bila makan terlalu banyak, ia menyebabkan individu tersebut mengambil masa untuk berehat seketika. 

Untuk mengatasi isu kembung perut ini, anda perlu mengawal saiz hidangan makanan. 

Saiz hidangan yang sedikit bukan bermakna anda perlu menahan perut untuk hidangan berat yang seterusnya. 

Anda masih boleh mengamalkan hidangan secara berkala dan mengambil masa yang lebih ketika mengunyah makanan. 

  •  Minuman bergas

air gas

Minuman bergas menghasilkan buih-buih yang boleh menyebabkan perut kembung kerana ia terperangkap di dalam perut.

Apabila perkara itu berlaku, mulalah simptom kembung dan kerap bersendawa.

Kurangkan pengambilan minuman bergas adalah langkah yang perlu diambil bukan sahaja untuk elakkan perut kembung tetapi juga untuk menurunkan berat badan.

Minuman bergas mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi dan ia tidak baik untuk kesihatan anda.

Langkah Mengatasi Perut Kembung

  • Hadkan makanan penyebab perut kembung

makanan penyebab perut penuh

Kebanyakan orang yang mengalami masalah perut kembung adalah berpunca daripada 2 sebab utama. 

2 sebab tersebut ialah bahan kandungan di dalam makanan tersebut dan juga makanan tersebut tidak dihadam secara sepenuhnya. 

Apabila anda makan makanan tersebut, serat dan gula yang tak dihadam akan terkumpul di usus besar dan menyebabkan penghasilan lebih gas.

Antara makanan yang boleh menyebabkan perut kembung adalah:

  • Sayur: brokoli, kubis bunga dan kubis
  • Buah: epal, pear dan pic (peach)
  • Bijirin: gandum dan oat
  • Kekacang: kacang dal, kacang pea dan kacang panggang
  • Gula alkohol & pemanis tiruan: xylitol, sorbitol dan manitol yang boleh ditemui dalam gula-gula getah yang bebas gula
  • Minuman: soda dan minum berkabonat lain

Walaupun makanan di atas boleh menyebabkan perut kembung, setiap orang akan mengalami reaksi yang berbeza.

Oleh itu anda perlu mengenal pasti terlebih dahulu makanan yang menyebabkan masalah ini

  • Makan dalam kuantiti yang kecil 

Makan dalam kuantiti yang banyak menyumbang kepada masalah ini kerana perut anda akan meregang. Ini akan menyebabkan gas terperangkap di antara makanan yang telah dimakan.

Selain itu, badan anda akan menghasilkan lebih banyak gas jika makanan tersebut tidak boleh dihadam oleh perut secara baik.

Untuk mengatasinya, makanlah dalam kuantiti yang kecil dan elakkan makanan yang mengandungi kandungan garam dan lemak yang tinggi.

  • Elakkan menelan terlalu banyak udara

Kedengaran pelik tetapi perkara ini selalu berlaku.

Antara aktiviti yang boleh menyebabkan anda tertelan banyak udara ialah makan terlalu laju, mengunyah gula-gula getah, minum menggunakan straw, dan juga minum minuman bergas.

Aktiviti-aktiviti di atas menyebabkan perut terasa kembung, disebabkan udara yang ditelan tidak masuk ke sistem pernafasan tetapi masuk ke dalam sistem pencernaan. 

Oleh itu, elakkan atau kurangkan kekerapan melakukan aktiviti yang boleh menyebabkan anda menelan udara dengan banyak.

  • Periksa jika anda tidak boleh hadam laktos

periksa jika anda lactose intolerent

Intoleransi laktosa (lactose intolerance) ialah ketidakupayaan menghadam laktosa iaitu gula yang terkandung di dalam susu.

Badan kita memerlukan enzim laktase tetapi kebanyakan badan manusia tidak mampu menghasilkan enzim ini dengan mencukupi untuk memecahkan laktosa. 

Keadaan ini akan menyebabkan perut kembung, sakit perut dan sendawa apabila anda makan makanan yang mengandungi laktosa.

Jika anda merasakan anda mempunyai intoleransi laktosa, dapatkan pemeriksaan dengan pakar perubatan dan elakkan pengambilan produk tenusu. 

  • Amalkan suplemen probiotik 

Probiotik adalah mikroorganisma hidup seperti bakteria yang boleh memberikan manfaat pada kesihatan badan jika diambil.

Anda boleh mengambilnya dalam bentuk pil atau di dalam makanan tertentu seperti yogurt, tempe dan kimchi. 

Probiotik boleh membantu gejala penghadaman seperti perut kembung dengan meningkatkan bilangan dan jenis bakteria baik dalam perut. 

Jika anda ingin mencuba untuk amalkan probiotik dalam pemakanan anda, pilih sejenis probiotik dan amalkan selama 4 minggu untuk pastikan keberkesanannya. 

  • Lakukan senaman ringan secara berkala

Senaman boleh mengurangkan perut kembung kerana badan anda akan membuang gas dalam usus anda.

Kajian menunjukkan senaman seperti berjalan selama 10-15 minit selepas makan boleh mengurangkan rasa perut kembung lebih berkesan daripada mengguna ubatan. 

Senaman juga boleh mengurangkan stres, kemurungan dan gejala psikologi lain yang berkaitan dengan interaksi otak-usus. 

Dan yang paling penting sekali, senaman mempunyai banyak manfaat seperti mengekalkan berat badan dan meningkatkan tahap kesihatan diri.

Anda juga boleh dapatkan rawatan untuk perut kembung anda di Klinik Amisi! 

amisi

Amisi merupakan pusat rawatan dan kesihatan wanita terunggul yang menawarkan perkhidmatan kelas pertama.

Wanita sahaja ke boleh dapatkan rawatan di Amisi?

Semestinya tidak! Lelaki juga dialu-alukan.

Anda boleh dapatkan pelbagai jenis rawatan seperti pengurusan lemak dan berat badan, rawatan pelvik, pengurusan hormon wanita dan rawatan klinikal penjagaan wajah!

Tak perlu risau, rawatan di Klinik Amisi sentiasa di bawah pemantauan pegawai perubatan malah semua ahli terapi dan staf adalah terlatih dan berkelayakan untuk membantu anda

Lebih daripada 500 pesakit yang berpuas hati dengan rawatan dan penyelesaian yang diberikan oleh Amisi sejak penubuhannya pada 2017. 

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan konsultasi atas talian yang bermanfaat untuk anda. 

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Leave a Reply

Your email address will not be published.