CLEARANCE SALE sehingga 50% OFF. Berbelanja produk Amisi Apothecary dengan bayaran ANSURAN 3 Kali oleh Hoolah & Atome. Klik Sini

Klik sini untuk mengetahui PROMOSI RAWATAN YEAR END SALE KLINIK AMISI

Days
Hours
Minutes
Seconds

Masalah Terkucil Bagi Wanita: Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

Terdapat banyak masalah kesihatan yang harus diberi perhatian yang tinggi kerana risiko yang dibawa oleh penyakit tersebut. Salah satunya adalah masalah terkucil.

Ramai orang memandang enteng mengenai isu ini kerana mereka beranggapan ia adalah perkara yang biasa. 

Disebabkan itu, mereka tidak mengambil langkah yang sewajarnya bagi menyelesaikan isu ini. 

Tambahan lagi, ia boleh memberi impak yang sangat negatif dan boleh membawa kepada masalah kesihatan yang lebih teruk.

Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda tentang masalah terkucil dan punca-punca yang anda perlu tahu.

Teruskan membaca artikel ini untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut.

 

Masalah Terkucil

terkucil

Wanita-wanita yang mengalami masalah terkucil seharusnya memandang serius terhadap isu ini. 

Jika isu ini dibiarkan berlarutan, ia boleh mengundang masalah kesihatan yang lebih berbahaya pada tubuh badan. 

Oleh itu, kami akan menerangkan masalah terkucil secara ringkas pada bahagian ini. 

Perkara penting yang anda perlu tahu mengenai masalah terkucil ini ialah ia sering berlaku dalam kalangan wanita yang berusia dan hamil. 

Masalah terkucil ini sering kali terjadi ketika wanita tersebut sedang terbatuk, ketawa mahupun bersin. Ini disebabkan mereka tidak dapat mengawal untuk membuang air kecil. 

 

3 Punca-punca Masalah Terkucil

Di bahagian ini, kami akan menerangkan kepada anda beberapa punca yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah terkucil. 

 

  1. Otot lantai pelvis yang lemah

otot lantai pelvis

Ramai orang menyangka bahawa masalah terkucil ini akibat daripada minum air yang banyak. 

Jawapannya, tidak.

Masalah terkucil ini berpunca daripada otot lantai pelvis (pelvic floor muscles) yang lemah. Sebenarnya, ramai pakar kesihatan uroginekologi sudah membincangkan mengenai perkara ini. 

Namun, masih ramai wanita yang memandang remeh ataupun segan untuk membincangkan perihal otot lantai pelvis. 

Disebabkan itu, mereka enggan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan pada bahagian tubuh tersebut. 

Sekiranya para wanita yang sedang mengalami masalah terkucil tidak mengambil tindakan yang sewajarnya, ia akan mengundang masalah kesihatan yang lebih serius. 

Antaranya masalah kesihatan yang lebih serius ialah isu prolaps, iaitu masalah jatuh organ pelvis. 

Organ dalaman seperti pundi kencing, rahim dan usus boleh mengalami kejatuhan melalui faraj. 

Kejatuhan organ pelvis ini terjadi apabila organ-organ dalaman tersebut tidak mendapat sokongan yang kuat daripada otot lantai pelvis. 

Selain itu, kejatuhan organ dalaman ini akan menyebabkan para wanita mengalami kesukaran untuk membuang air kecil atau mengawal kebocoran air kencing. 

 

  1. Fasa menopaus bagi wanita 

Fasa menopaus merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada masalah terkucil. Hal ini disebabkan hormon estrogen dan testosteron di dalam semakin berkurangan. 

Apabila kedua-dua hormon tersebut berkurangan di dalam tubuh badan, ia akan menyebabkan otot pelvis dan sfinkter uretra menjadi lemah. 

 

  1. Minuman Manis dan Kafein Berlebihan 

minuman manis

Buat para wanita yang gemar minuman kafein dan air manis seperti minuman berkarbonat, anda dinasihatkan untuk mengurangkan pengambilan kedua-dua air tersebut. 

Kedua-dua minuman manisan dan kafein tersebut bersifat diuretik. Diuretik bertindak untuk meningkatkan pengeluaran air kencing. 

Oleh itu, kurangkan pengambilan minuman berkafein dan air manis ketika anda menikmati hidangan. 

Seeloknya, gantikan minuman manis tersebut dengan air masak untuk penjagaan kesihatan yang lebih optimum. 

Kesimpulannya, masalah terkucil perlu diberi perhatian terutamanya para wanita yang berusia dan hamil. 

Anda boleh menghubungi doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut bagi mengatasi masalah terkucil. 

 

Dapatkan Rawatan Di Amisi

terkucil

Jika anda sedang mencari rawatan profesional untuk mengatasi masalah terkucil, anda boleh mencuba rawatan bersama kami di Amisi! 

Di Amisi, kami menggunakan teknologi elektromagnatik yang sangat efektif dalam merawat masalah terkucil. 

amisi

Berikut adalah beberapa sebab mengapa anda disarankan memilih kami:

  • Selamat & berkesan

Rawatan yang selamat untuk wanita dan lelaki. Ramai pesakit yang sudah mengalami sendiri kesan positif seawal rawatan pertama.

  • Kesan 11,000 X Kegel

Rawatan yang dijalankan untuk masalah terkucil ini sangat revolutionary hinggakan kesannya sama seperti 11,000 kali senaman kegel!

  • Tanpa buka baju

Ya! privasi anda terjaga, Anda tidak perlu membuka pakaian ketika rawatan ini. Hanya datang dengan pakaian kegemaran anda dan jalani rawatan terus!

Berikut adalah beberapa detail lain yang anda perlu tahu jika anda ingin mendapatkan rawatan bersama kami!

  • Konsultasi : Wajib (sebelum bermula rawatan)
  • Tempoh : Bergantung kepada tahap sakit
  • Durasi : 30 minit setiap sesi
  • Privasi : Tidak perlu buka pakaian
  • Harga : RM350/sesi (first trial – rawatan ) + PERCUMA Konsultasi bernilai RM50
  • Keberkesanan : 95% merasakan perubahan baik selepas sesi pertama.

 

Jika anda mempunyai sebarang soalan tentang rawatan ini, anda boleh ke laman web kami di sini untuk dapat tahu dengan lebih lanjut tentang servis kami dan untuk mengetahui tentang jenis-jenis terkucil anda bolah baca di sini.

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *