CLEARANCE SALE sehingga 50% OFF. Berbelanja produk Amisi Apothecary dengan bayaran ANSURAN 3 Kali oleh Hoolah & Atome. Klik Sini

Klik sini untuk mengetahui PROMOSI RAWATAN YEAR END SALE KLINIK AMISI

Days
Hours
Minutes
Seconds

Kenali 5 Jenis Perut Buncit Wanita Dan Ketahui 6 Tips Untuk Atasi Masalah Ini

Perut buncit merupakan masalah yang sering dihadapi oleh ramai orang. Masalah ini selalunya berpunca daripada pemakanan dan amalan gaya hidup yang tidak sihat.

Namun bagi wanita, terutamanya yang bekerjaya atau sudah berkahwin,  terdapat beberapa faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan perut anda buncit.

Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda 5 jenis perut buncit yang dihadapi oleh wanita serta 6 tips untuk mengatasi masalah ini.

Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

5 Jenis Perut Buncit Perempuan

  1.  Perut stress
perut buncit
Foto Kredit: mobilecapturelead.com

Stres merupakan salah satu punca masalah ini berlaku. Apabila anda berada dalam keadaan stres, badan anda akan menghasilkan hormon kortisol.

Fungsi kortisol ini adalah untuk mengawal paras gula dalam darah serta meningkatkan kadar degupan jantung dan tekanan darah anda.

Namun begitu, jika anda kerap berasa stres, tahap kortisol badan anda akan meningkat dan menyebabkan perut anda untuk menonjol dari bahagian bawah payudara.

  1.  Perut ibu
perut buncit
Foto Kredit: mobilecapturelead.com

Jika anda baru sahaja lepas bersalin, perut anda akan kelihatan seperti anda masih hamil selama tiga bulan. Ini merupakan perkara yang biasa bagi ibu yang bersalin.

Perut anda akan kelihatan menggelebeh, kendur dan tidak ada bentuk. Ini kerana perut dan rahim yang telah melebar dan berubah saiz mengikut perkembangan bayi.

 

  1. Perut tiroid
Foto Kredit: mobilecapturelead.com

Penghasilan hormon tiroid yang rendah juga merupakan punca masalah perut yang buncit. Hormon ini dihasilkan oleh kelenjar yang berbentuk seperti kupu-kupu di bahagian leher anda.

Fungsi hormon ini adalah untuk mengawal kadar tubuh untuk memproses kalori. Apabila badan anda kekurangan hormon ini, ia akan menyebabkan masalah penghadaman untuk berlaku.

Selain daripada perut anda, bahagian tubuh badan yang lain juga akan membengkak. Anda juga akan mengalami kadar metabolisme yang lambat, kaki sejuk serta berasa mudah penat.

  1.  Perut pir
Foto Kredit: mobilecapturelead.com

Selain itu, estrogen dan faktor genetik juga memainkan peranan dalam bentuk perut anda. Kadar estrogen yang tinggi disebabkan oleh makanan yang mempunyai banyak lemak.

Ini akan menyebabkan perut kelihatan seperti pir iaitu lebih besar di bahagian bawah perut dan pinggul tetapi pinggang kelihatan ramping.

  1.  Perut kembung
Foto Kredit: mobilecapturelead.com

Perut yang kembung berpunca daripada angin di dalam badan anda. Angin ini dihasilkan oleh bakteria dalam usus anda ketika proses penghadaman.

Perut yang kembung akan mengembang setelah anda makan dan akan kelihatan menggelembung. Namun begitu, berat badan anda akan tetap sama.

6 Tips

Di bahagian ini, kami akan berkongsikan dengan anda 6 tips bagi menghilangkan masalah perut yang buncit.

  1.  Kurangkan makanan berkarbohidrat
Perut Buncit

Mengurangkan jumlah karbohidrat dalam diet anda merupakan salah satu cara yang sangat efektif bagi menunrunkan berat badan dan menghilangkan lemak yang berlebihan di perut.

Menurut kajian saintifik, mengamalkan perkara ini dapat merendahkan selera makan anda. Oleh itu, anda tidak akan makan berlebihan serta dapat menghilangkan perut yang buncit.

Antara makanan yang anda perlu kurangkan adalah seperti nasi putih, gula, roti putih dan makanan lain yang kaya dengan karbohidrat yang ditapis.

  1. Elakkan gula dan minuman yang manis

Makanan yang mempunyai tambahan gula dan bahan pemanis yang banyak tidak elok untuk kesihatan tubuh badan anda. Ia juga punca berat badan anda naik dengan cepat.

Mengambil jumlah gula dan bahan pemanis yang berlebihan dalam diet anda akan menambahkan lemak terutamanya di bahagian perut dan hati yang menyebabkan perut buncit.

Anda boleh cuba untuk mengurangkan pengambilan gula terutamanya air yang manis seperti soda, jus buah dan minuman sukan hipertonik.

  1. Makan lebih banyak makanan berserat

Pengambilan serat yang banyak dapat membantu menurunkan berat badan anda dengan cepat serta membantu menyelaraskan proses penghadaman. 

Makanan yang kaya dengan serat akan memperlahankan proses penghadaman makanan serta penyerapan nutrien di dalam perut. Oleh itu, anda akan rasa kenyang dengan lebih lama.

Antara makanan berserat tinggi yang anda boleh amalkan dalam diet anda adalah seperti sayur-sayuran mentah, buah-buahan, oat dan bijirin bagi mengurangkan masalah perut yang buncit.

  1. Lebihkan protein dalam diet anda

Selain itu, protein merupakan makronutrien yang paling penting bagi menurunkan berat badan dan menghilangkan perut yang buncit.

Mengamalkan makanan yang tinggi dengan protein sangat efektif bagi mengurangkan lemak di bahagian abdomen serta mengelakkan penambahan berat badan.

Protein juga dapat meningkatkan metabolisme dan kurangkan selera makan. Beberapa makanan yang mempunyai protein tinggi adalah seperti ikan, telur, produk tenusu dan kekacang.

  1.  Mengawasi pengambilan makanan anda

Tip seterusnya adalah untuk mengawasi pengambilan makanan anda. Ini boleh membantu anda untuk mengamalkan diet yang bagus dan seimbang bagi mengatasi masalah perut yang buncit.

Ini kerana anda akan mencatat dan sentiasa mengawasi pengambilan makanan supaya ia mengandungi semua nutrien dan zat yang diperlukan oleh badan kita.

  1. Bersenam 

Bersenam merupakan perkara yang paling bagus anda boleh lakukan untuk meningkatkan kesihatan tubuh badan serta menghilangkan perut yang buncit.

Bersenam dan mengamalkan gaya hidup yang sihat juga dapat menurunkan berat badan dengan efektif dan mengurangkan risiko mendapat penyakit seperti penyakit kencing manis dan lain-lain.

Anda boleh mengamalkan senaman yang mudah seperti senaman aerobik iaitu berlari, berenang dan berjalan tiga kali seminggu.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai tips yang anda boleh ikut supaya anda dapat menghilangkan perut buncit.

Jika anda ingin mendapatkan rawatan yang profesional untuk mengatasi masalah perut buncit, anda boleh mendapatkan rawatan bersama kami di Amisi!

Perut Buncit

Berikut adalah beberapa sebab anda patut mendapatkan rawatan membuang lemak dengan kami:

  • 100% Selamat & Berkesan

Rangkaian rawatan yang dijalankan di Klinik Amisi adalah selamat dan dibawah pemantauan pegawai perubatan

  • Rawatan Terkini Di Amisi

Prosedur rawatan hapuskan lemak adalah antara pilihan popular pelanggan dan pesakit. Ianya terbukti membantu ramai lelaki dan wanita

  • 2 Jenis Rawatan Disyorkan

Untuk masalah berat badan & lemak berlebihan, Amisi ada menawarkan 2 jenis rawatan yang bersesuaian dengan masalah lemak badan anda

  • Untuk Lelaki & Wanita

Ya, rawatan berat badan & lemak berlebihan boleh dilakukan kepada lelaki & wanita.

Perut Buncit
Perut Buncit
Perut Buncit
Perut Buncit

Tunggu apa lagi?

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *