Salah satu simptom dalam kalangan wanita hamil ialah masalah terkucil. Masalah ini boleh mengganggu fokus dan pergerakan aktiviti harian individu tersebut.
Jika dibandingkan, masalah terkucil ini seringkali terjadi dalam kalangan wanita berbanding lelaki. Hal ini disebabkan saluran urinari wanita adalah lebih pendek daripada lelaki.
Disebabkan ini wanita hamil lebih kerap membuang kecil tanpa mengira waktu.
Meskipun senario ini tampak remeh, masalah terkucil ini boleh mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada tubuh badan dan individu.
Jadi, artikel ini akan membincangkan mengenai komplikasi yang akan berlaku sekiranya masalah terkucil ini tidak dirawat dengan baik.
Komplikasi Masalah Terkucil
Masalah terkucil sebenarnya bukan sahaja berkait rapat dengan bahagian dalaman tubuh badan individu. Ia juga boleh mempengaruhi psikologi individu terbabit.
Berikut merupakan komplikasi-komplikasi masalah terkucil dalam kalangan wanita hamil yang boleh terjadi jika anda melengahkan rawatannya:
1. Otot lantai pelvis tidak kembali kepada keadaan asal
Buat wanita; sama ada yang sedang hamil ataupun sudah mempunyai anak, anda pasti mengalami perubahan.
Perubahan tersebut boleh terjadi kepada tubuh badan secara fizikal dan juga bahagian dalaman tubuh badan.
Perubahan pada tubuh fizikal bukanlah perkara asing. Antara anggota tubuh yang akan mengalami perubahan setelah melahirkan anak ialah badan dan wajah.
Tetapi, bagaimana pula dengan perubahan pada bahagian dalam tubuh badan?
Masalah terkucil dalam kalangan wanita adalah berpunca daripada otot lantai pelvis yang lemah ketika hamil.
Hal ini disebabkan kandungan bayi di dalam badan diibaratkan seperti si ibu memikul suatu barang yang berat.
Berat kandungan bayi itu akan menyebabkan badan si ibu “melendut” melebihi paras yang normal.
Jika kesan “melendut” itu tidak dirawat selepas tamatnya tempoh hamil, otot lantai pelvis tersebut akan menjadi lemah dan menjejaskan saraf-saraf yang berada di lantai pelvis.
2. Sukar untuk mengawal kencing
Masalah sukar untuk mengawal kencing sering terjadi dalam kalangan wanita dewasa.
Meskipun masalah ini bersifat sementara, para wanita dinasihatkan untuk memandang serius mengenai isu ini.
Jadi, bagaimanakah masalah ini berhubung kait dengan terkucil?
Buat pengetahuan anda, pundi kencing mempunyai otot khas yang membolehkan air kencing dikeluarkan daripada tubuh badan.
Apabila pundi kencing tersebut sudah penuh, otot pelvis dan uretra akan mengendur. Manakala, otot pundi kencing akan menguncup agar air kencing dapat dikeluarkan dengan lancar.
Apa yang akan terjadi sekiranya seseorang individu mengalami masalah lemah pundi kencing?
Berikut di atas merupakan soalan yang sering ditanya oleh masyarakat kepada doktor pakar wanita.
Masalah kawalan lemah pundi kencing ini terjadi apabila otot dan tisu di saluran pundi kencing (pada bahagian otot pelvis) dan juga otot di sekitar sfinkter uretra menjadi lemah.
Otot di bahagian sfinkter uretra ialah anggota badan yang mengawal keluarnya air kencing daripada pundi kencing.
Kelemahan pada kedua-dua bahagian otot dan tisu akan menyebabkan terjadinya masalah terkucil dalam kalangan wanita.
3. Keyakinan diri semakin berkurangan
Tahukah anda bahawa masalah terkucil merupakan salah satu punca utama individu tidak berasa yakin?
Apabila individu mengalami masalah ini, mereka akan kerap pergi ke tandas. Perbuatan ini mungkin akan menimbulkan persoalan dalam kalangan rakan-rakan mahupun ahli keluarga.
Meskipun persoalan itu tidak berunsur ejekan, namun individu yang menghidapi masalah terkucil akan berasa malu untuk menyatakan mengenai isu tersebut.
4. Was-was dengan ibadah harian
Ibadah harian seperti menunaikan solat dan juga membaca al-Quran dapat mendidik umat Islam agar lebih cakna terhadap keadaan persekitaran dan diri sendiri.
Kriteria utama dalam mendirikan ibadah ialah memastikan kebersihan diri dan sesuatu tempat.
Dengan ini, umat Islam akan berasa yakin bahawa tempat tersebut dan diri mereka suci daripada sebarang najis yang boleh mengganggu fokus.
Walaubagaimanapun, wanita hamil yang mengalami masalah terkucil akan berasa was-was apabila mereka mendirikan ibadah.
Hal ini disebabkan setiap pergerakan yang dilakukan secara drastik boleh menyebabkan terkeluarnya titisan air kencing.
Kejadian ini akan membuatkan mereka mengulangi ibadah tersebut daripada awal.
Senaman Kegel Baik Untuk Merawat Masalah Terkucil
Buat anda yang mengalami masalah terkucil, anda pasti pernah terdengar rawatan utama yang dapat mengatasi masalah terkucil.
Ya, rawatan itu ialah senaman kegel.
Senaman kegel ini dapat membantu para wanita hamil yang sedang mengalami masalah terkucil.
Ia berfungsi untuk menguatkan otot-otot pada lantai pelvik yang menyebabkan seseorang individu mengalami kawalan lemah dalam pembuangan air kencing.
Jadi, apakah langkah-langkah untuk memulakan senaman kegel? Berikut merupakan caranya:
- Kenali daya kemutan
Tahukah anda bahawa anda boleh mengenal pasti daya kemutan di otot lantai pelvik?
Caranya adalah anda perlu “berhenti” kencing sewaktu anda sedang membuang air kecil. Dalam bahasa mudahnya adalah berhenti kencing pada separuh jalan.
Sekiranya anda berjaya membuat langkah ini dengan betul, anda telah menemui otot yang mengawal saluran kencing yang betul.
- Menggunakan teknik senaman kegel dengan betul
Setelah anda menjumpai otot yang mengawal saluran kencing yang betul, anda perlu baring di atas katil.
Keadaan yang tenang dapat membantu anda untuk melakukan senaman kegel dengan lebih selamat.
Seterusnya, anda perlu meregangkan otot lantai pelvik dan menahannya selama 5 saat.
Anda digalakkan untuk mengulangi senaman ini sebanyak 4 hingga 5 kali dalam sehari.
Jika anda dapat mengawal senaman ini dengan lebih baik, anda boleh meningkatkan durasi regangannya selama 10 saat.
- Pastikan fokus anda terjaga
Untuk memastikan senaman kegel ini berjalan lancar, anda hanya perlu menumpukan perhatian pada otot lantai pelvik sahaja.
Anda tidak digalakkan untuk menahan nafas sewaktu melakukan langkah ini.
- Lakukan secara konsisten
Untuk mendapatkan kesan optimum, anda perlu mengulangi senaman kegel ini secara konsisten.
Anda digalakkan untuk melakukan senaman ini sebanyak 3 kali sehari.
Sekiranya anda tidak pasti untuk memulakan senaman kegel, anda boleh menghubungi Amisi.
Amisi merupakan pusat penjagaan pelvik yang terkemuka dan diyakini ramai di Malaysia.
Berikut adalah beberapa sebab mengapa anda disarankan memilih kami:
- Selamat & berkesan
Rawatan yang selamat untuk wanita dan lelaki. Ramai pesakit yang sudah mengalami sendiri kesan positif seawal rawatan pertama.
- Kesan 11,000 X Kegel
Rawatan yang dijalankan untuk masalah terkucil ini sangat revolutionary hinggakan kesannya sama seperti 11,000 kali senaman kegel!
- Tanpa buka baju
Ya! privasi anda terjaga, Anda tidak perlu membuka pakaian ketika rawatan ini. Hanya datang dengan pakaian kegemaran anda dan jalani rawatan terus!
Berikut adalah beberapa detail lain yang anda perlu tahu jika anda ingin mendapatkan rawatan bersama kami!
- Konsultasi : Wajib (sebelum bermula rawatan)
- Tempoh : Bergantung kepada tahap sakit
- Durasi : 30 minit setiap sesi
- Privasi : Tidak perlu buka pakaian
- Harga : RM380/sesi (first trial – rawatan ) + PERCUMA Konsultasi bernilai RM50
- Keberkesanan : 95% merasakan perubahan baik selepas sesi pertama.
Yang menariknya, Amisi fokus kepada dua kepakaran iaitu pusat rawatan wanita dan pusat kecantikan (dikenali sebagai Amisi Skin Plus) yang berada pada lokasi-lokasi berikut:
- Amisi Skin Plus Ipoh
- Klinik Amisi Putrajaya
- Klinik Amisi Bangi
- Klinik Amisi Shah Alam
- Klinik Amisi Wangsa Maju
Jadi, anda boleh dapatkan rawatan yang sewajarnya di lokasi-lokasi yang berdekatan dengan anda.
Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan mengenai masalah terkucil dan juga rawatannya, anda boleh hubungi kami dengan menekan pautan link di bawah ini.